NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UTHM berjaya bina dron kargo bersaiz besar pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya menghasilkan sebuah dron kargo bersaiz besar pertama di Malaysia dikenali sebagai C-Drone.

Lebih membanggakan, ciptaan penyelidik UTHM ini turut berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Beban terberat yang boleh diangkat oleh sesebuah dron.’ Kejayaan ini sekali gus menjadi hadiah kepada universiti ini yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-28 pada 16 September lalu.

Pada percubaan rekod penerbangan hovering ini, C-Drone telah berjaya terbang dengan membawa beban kargo seberat 200 kilogram (kg).

Projek yang memakan masa kurang dua tahun ini dijayakan oleh sekumpulan penyelidik UTHM yang mempunyai latar belakang pelbagai bidang kepakaran. Mereka turut dibantu oleh sekumpulan pelajar dan penasihatan pakar daripada universiti tempatan dan pihak industri.

Menurut Ketua Projek, Profesor Madya Dr. Zamri Omar prototaip C-Drone ini telah direka bentuk, dibina dan diuji terbang di UTHM.

“Bermula dengan aktiviti analisis dan reka bentuk, simulasi, fabrikasi komponen, pemasangan, integrasi sistem dan pengujian terbang, semuanya telah dilaksanakan di dalam fasiliti makmal projek C-Drone yang berlokasi di kampus induk,” katanya.

Jelas beliau secara umumnya C-Drone digerakkan oleh kuasa bateri dan ianya adalah dari jenis Multirotor Vertical Takeoff and Landing (VTOL). Saiz prototaip dron kargo UTHM ini kira-kira lima meter panjang, lima meter lebar dan dua meter tinggi, manakala berat kasarnya pula sekitar 400 kg.

Projek pembangunan C-Drone ini bertujuan untuk menghasilkan suatu proof of concept (POC) iaitu bagi membuktikan konsep reka bentuk dan sistem dron kargo besar ini boleh dibina dan ianya berupaya beroperasi dengan baik.

“Dana projek C-Drone ini diperolehi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan sebahagian daripadanya dibiayai oleh pihak UTHM sendiri,” katanya. – BebasNews

Kejayaan UTHM mencipta dan melaksanakan pengujian awal prototaip C-Drone ini, diharap dapat menjadi motivasi dan membuka ruang bagi universiti dan pihak industri yang berminat untuk berkerjasama dalam mengembangkan potensi dron ini ke arah pengkomersialan.

https://bebasnews.my/?p=70264


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo