NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tajudin sedia tandingi 3 jawatan tertinggi UMNO




21 SEPT: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, sedia menawarkan diri untuk bertanding tiga jawatan tertinggi dalam UMNO dalam pemilihan parti akan datang.

Tajuddin akan bertanding sama ada Naib, Timbalan atau Presiden UMNO dalam pilihan parti akan datang.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan (BBC) itu berkata beliau sedia berbuat demikian jika penyokong dan ahli UMNO mahu melihatnya terus berkhidmat untuk parti dan menabur bakti kepada rakyat di negara ini.

Bagaimanapun, Tajuddin berkata kesediaannya menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi dalam UMNO bergantung kesesuaian diputuskan oleh ahli parti.

“Ada penyokong parti berkata Datuk kalau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO insya-Allah boleh menang kerana mereka cakap buat apa nak susah-susah cari jawatan boleh menang.

“Bagaimanapun, ada pula yang cakap, Datuk patut tanding jawatan sekurang-kurangnya Timbalan Presiden baru sesuai. Tetapi ada pula cakap alang-alang nak bertanding baik rebut jawatan Presiden UMNO terus,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen.

Tajuddin berkata keputusan muktamad jawatan mana akan ditandinginya akan diumumkan apabila tiba masanya nanti.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu menegaskan beliau bukan menawarkan diri kerana mahu mengejar jawatan, sebaliknya mahu terus berkhidmat untuk rakyat dan parti.

“Saya rasa boleh berkhidmat kepada parti dan rakyat. Malah, Nabi Yusuf sendiri meminta jawatan Menteri Kewangan Mesir pada satu ketika dulu kerana tahu beliau boleh menjalankan tanggungjawab menjaga perbendaharaan dan menguruskan ekonomi negara.

“Saya bukan bercakap sahaja kerana sudah terbuka berjaya membantu UMNO menang di tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) semasa memegang jawatan Pengarah Pilihan Raya UMNO sebelum ini.

“Malah, semua orang tahu bahawa saya adalah antara watak penting membantu UMNO bangkit semula selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. Selepas itu UMNO berjaya memenangi tujuh PRK berturut-turut hasil penyatuan Melayu Islam yang kita usahakan,” katanya.

Beliau juga menegaskan banyak memberi sumbangan dalam membantu penyertaan UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pembentukan permuafakatan antara PAS dan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) sebelum ini.

Malah, Tajuddin mendakwa beliau juga memberikan sumbangan besar bagi memastikan peralihan kuasa antara kerajaan PN kepada kerajaan hari ini.

“Kalau ikut ada satu pihak hanya mahu UMNO menarik terus sokongan dan menjatuhkan kerajaan PN semata-mata tanpa memikirkan kesan negatif dan kemungkinan PH kembali berkuasa.

“Kalau itu berlaku mungkin UMNO sekarang akan menjadi pembangkang seperti selepas PRU-14 lalu, tetapi saya sebagai pihak yang dimaki Harun kerana menentang keputusan Presiden dan parti, namun akhirnya kita berjaya meletakkan UMNO kembali menjadi kerajaan dan memperoleh jawatan Perdana Menteri,” katanya.

http://www.pnbbcportal.com/2021/09/21/tajudin-tawar-diri-bertanding-3-jawatan-tertinggi-umno/

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo