NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sesuatu yang besar akan berlaku sehari dua ini - Firdaus Wong


Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata sesuatu yang besar bakal berlaku dalam tempoh sehari dua ini.

Dia berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan pihak yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal tanah air.

"Alhamdulilah semalam telah (berbincang menerusi aplikasi) Google Meet bersama dengan mangsa-mangsa serta ahli keluarga mereka.

"Mereka memberikan kata kata semangat untuk kami meneruskan usaha kami dan mereka mengucapkan jazakumullahu khairan (terima kasih) kepada sahabat semua yang semakin terbuka mata melihat kebenaran.

"Insya-Allah sesuatu yang besar bakal berlaku dalam sehari dua ini," katanya dalam hantaran di Facebook.

Semalam turut dilaporkan Firdaus mengajak orang ramai tampil membuat pendedahkan berhubung kes gangguan seksual didakwa membabitkan seorang pendakwah popular.

Firdaus berkata usaha tersebut dibuat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai serta menggalakkan lebih ramai mangsa berani tampil membuat laporan polis.

Gesaan Firdaus itu dibuat selepas mendedahkan sebahagian perbualan gangguan seksual yang didakwa membabitkan mangsa.

Firdaus mendakwa itu antara beberapa hantaran mesej WhatsApp yang dilihat sendiri dari telefon bimbit mangsa.

Kesemua bukti-bukti daripada mangsa Firdaus kongsikan di Telegram juga telah diserahkan oleh mangsa kepada pihak polis.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
( Hide )
  1. Kenapa Firdaus Wong begitu membenci Ebit Liew...dan kenapa baru hari NIE ada laporan serangan seksual setelah permusuhan caprince berlaku...Aku bukan menyebelahi mana mana...tapi logik akal siapa dia caprince...penyanyi dan komposer lagu...suara nyanyian yg banyak dibantu dengan alat alat dan aplikasi sounds berserta visual...Tunggu dan lihat PDRM mempunyai aset digital yg canggih ...setakat video dan suara yg ditiru dan diguna pakai rasanya PDRM banyak kelebihan kerana banyak kes melibatkan super impose dan video yg melibatkan rakaman suara...kes pernah terjadi di Filem animasi Upin dan Ipin diubah menjadi filem kartun porno malah suara pun diubah katanya tetapi memakai suara artis yg. Sama.....Malaysia bro..alangkah orang politik banyak yg difitnah seperti ini apatah kita yg berjiwa rakyat..sabarlah wahai hati ..jijik dan serabai bila menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan seseorang...Kamu peam setelah Allah

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo