Responsive Ad Slot

Nik Abduh sifatkan 22 cabutan khas, usaha undur ke belakang


22 Cabutan Khas Adalah Undur Ke Belakang

PAS sememangnya memandang serius isu Kerajaan, melalui Kementerian Kewangan yang beberapa bulan lepas telah membenarkan syarikat nombor ramalan (judi) melaksanakan 22 cabutan khas (special draw) sepanjang 2021, sedangkan ianya telahpun berjaya dikurangkan oleh Kerajaan PH sebelum ini kepada hanya 8 kali setahun.

PAS telah menyatakan komitmennya yang tegas untuk menghapuskan semua industri dosa dan aktiviti ekonomi gelap dalam negara yang dikatakan berjumlah ratusan bilion setahun. Ia nyata bukan satu jalan yang benar, bahkan mampu merosakkan ekonomi negara dan menjauhkan negara daripada memperolehi keberkatan daripada Allah.

Justeru tindakan terdahulu Kerajaan PH yang telah mengurangkan jumlahnya sebelum ini adalah betul dan amat wajar diberi pujian dan kredit. Sewajarnya Kerajaan hari ini mengekalkan keputusan tersebut, malah terus menggerakkan segala usaha yang positif dan proaktif ke arah menjauhkan rakyat daripada terus bergantung dan terjebak ke dalam aktiviti buruk tersebut. Membenarkannya semula adalah satu tindakan undur ke belakang yang pastinya ditolak oleh agama dan majoriti besar rakyat.

Adalah telah diterima umum bahawa bahaya dan kerosakan akibat aktiviti perjudian ke atas individu dan masyarakat adalah melangkaui agama dan kaum. Ia hanya memerlukan 'political will' daripada mana-mana parti politik dan kerajaan untuk bertindak membendungnya. Saya yakin pembaharuan politik negara yang kita idamkan bersama akan turut menyokong usaha membersihkan negara daripada aktiviti tidak sihat dalam semua sektor.

Justeru saya berharap pihak Kerajaan, melalui Kementerian Kewangan dapat menilai kembali keputusan tersebut, seterusnya menarik balik kelulusannya. Ia satu tindakan terpuji dan sifar kerugian.
Saya yakin, dengan amanah besar yang diberikan kepada PAS oleh Kerajaan Malaysia hari ini untuk mengetuai Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, PAS akan terus membantu Kerajaan memandu negara ke arah kejayaan yang diberkati Allah.

Sumber : FB Nik Abduh


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo