NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU355: Kerajaan sedang deraf dulu




PETALING JAYA: Kerajaan sedang mempergiat usaha mendraf Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355 bagi meningkatkan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, selepas RUU 355 berkenaan dimuktamadkan kelak, ia akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil.

“Sepanjang 2020 dan 2021, kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan RUU 355.

“Ia bagi melihat pelbagai aspek khususnya perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar RUU 355 tersebut lebih komprehensif dan seterusnya dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen Malaysia.

Beliau menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) yang meminta perdana menteri menyatakan perancangan strategik bagi memperkasakan mahkamah syariah menerusi pindaan Akta 355 bagi tahun ini.

Cadangan pindaan Akta 355 dibentangkan oleh Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 sebagai RUU persendirian.

Bagaimanapun, perbahasan mengenainya ditangguhkan dan versi yang disemak semula dibentangkan pada November 2016 dan April 2017.

RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa menghukum mahkamah syariah bagi kesalahan jenayah syariah tanpa membabitkan masyarakat bukan Islam, namun ia hanya di peringkat mengemukakan usul tanpa perbahasan


Mengulas lanjut, perdana menteri berkata, kerajaan sentiasa mengambil langkah untuk memperkasa dan menaikkan kedudukan mahkamah syariah agar setanding dengan mahkamah sivil.

“Antara langkah yang telah diambil untuk memperkasa dan menaik taraf mahkamah syariah supaya sesuai dengan perkembangan semasa ialah dengan menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dan menggubal Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2022 (RUU Mahkamah).

“Aspek pemerkasaan mahkamah syariah meliputi pelbagai aspek yang penting seperti meningkatkan tahap kompetensi hakim syarie, pendakwa syarie dan pegawai penguat kuasa agama, penambahbaikan aspek tadbir urus dan prasarana mahkamah syariah, penggubalan dan pindaan undang-undang syariah sedia ada dan penyeragaman dan penyelarasan undang-undang syariah,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/15/kerajaan-sedang-draf-ruu-355-kata-pm/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo