NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pulau Perhentian mula terima pelancong mulai Isnin lalu



24 SEPT: Pulau Perhentian yang ditutup sementara akibat pandemik COVID-19 dibuka semula kepada pelancong mulai Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana daerah Besut, Ahmad Farhan Abdul Wahab, berkata gelembung pelancongan Pulau Perhentian itu selaras keputusan kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang sudah lengkap vaksin COVID-19.

“Lebih 1,508 atau 90 peratus penggiat industri pelancong di Pulau Perhentian, terutama pengusaha chalet dan pemandu bot sudah lengkap divaksin dan bersedia menerima kedatangan pelancong.

“Kebersihan dapur dan penyediaan makanan kepada tetamu juga diberi keutamaan oleh pengusaha chalet untuk menjamin keselamatan makanan,” katanya kepada media pada program pemeriksaan premis makanan mengikut Norma Baharu, di Besut, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kesihatan Daerah Besut, Dr Hafizuddin Awang.

Akhir Ogos lalu, kerajaan terpaksa menutup sementara aktiviti pelancongan di Pulau Perhentian selepas berlaku 75 kes penularan kes COVID-19.

Ahmad Farhan yang juga Pegawai Daerah Besut berkata, Jawatankuasa Bencana Daerah bersetuju membenarkan operasi di Jeti Kuala Besut dibuka sepenuhnya Isnin lalu selepas semua penggiat industri pelancongan lengkap dua dos suntikan.

Katanya, pembukaan pulau peranginan itu juga dilakukan selepas semua penggiat industri pelancongan di pulau berkenaan mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Tiga.

“Hasil pemeriksaan di 25 chalet di pulau peranginan itu, kita dapati tahap kebersihan dan penyediaan makanan melebihi 75 peratus,” katanya.

http://www.pnbbcportal.com/2021/09/24/pulau-perhentian-mula-terima-pelancong-mulai-isnin-lalu/

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo