NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelajar UiTM masuk kampus 15 Oktober depan




SHAH ALAM – Proses kemasukan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan dijalankan secara berperingkat bermula 15 Oktober depan.

Jabatan Komunikasi UiTM (JKUiTM) berkata, UiTM menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri Noraini Ahmad berkenaan Kemasukan Pelajar Ke Kampus Institusi Pendidikan Tinggi Secara Berperingkat bermula pada tarikh tersebut.

“Perincian pelaksanaan kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus secara berperingkat adalah seperti mana yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada hari ini.

“Pada masa yang sama, UiTM sentiasa mengambil kira situasi semasa dan merujuk kepada pemakluman terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JKUiTM berkata,kemasukan pelajar yang lengkap divaksin ke UiTM melibatkan semua kategori pelajar dan semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di mana keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.

Manakala kemasukan pelajar ke seluruh sistem UiTM jelasnya pula, adalah tertakluk kepada Pekeliling Universiti yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat merujuk kepada kalendar akademik universiti.

“UiTM mengambil maklum mengenai perkembangan terkini Covid-19 memandangkan masih terdapat kluster baharu dan kes positif.

“Pihak UiTM sangat mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan warga UiTM dan masyarakat secara umumnya, seterusnya memantau serta menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,”katanya. – BebasNews


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo