NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Komiti pelajar mahu cadangan struktur PJJ ditangguh




KOTA BHARU: Komiti Badan Bertindak Pelajar Pray4pjjUSM menggesa supaya proses libat urus pengurusan USM bersama pensyarah dan pelajar dibuat sebelum penstrukturan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dibuat.

Wakil Badan Bertindak Pelajar SavePJJUSM berkata, apa-apa sahaja tindakan untuk menstrukturkan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh perlu ditangguh.
Advertisement

Katanya badan bertindak terbabit berpandangan keputusan menstrukturkan semula PJJ tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa dan pra-matang.

“Pada mesyuarat yang diadakan semalam kami menetapkan beberapa perkara termasuk berharap semua pelajar mengikuti penjelasan Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid esok mengenai perkembangan isu tersebut,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Menurutnya juga saluran ‘FB Page SAVE PJJ USM’ merupakan saluran badan bertindak untuk menyatukan pelajar PJJ USM dalam situasi sekarang.

Kata beliau pihaknya akan sentiasa menjelaskan perkembangan terbaru berkaitan isu tersebut.

“Setiap posting mohon disertakan hashtag #savepjjusm dan #pray4pjjusm sebagai tanda sokongan solidariti,” ujarnya.

Baru-baru ini pihak pengurusan USM dikatakan akan membubarkan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh universiti tersebut, namun dibantah pelbagai pihak.

Malah ada alumni menaikkan ‘#prayforpppjjusm’ sebagai gerakan di maya sebagai usaha membantah cadangan terbabit.

Pelajar, graduan atau Alumni USM membantah cadangan terbabit kerana PJJ USM ini berusia 50 tahun berjaya membawa agenda nasional.

Malah PJJ USM membantu pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Berdasar kenyataan yang berlegar di media sosial pengurusan USM dikatakan mempertimbangkan beberapa perkara untuk memastikan pelajar PJJ menerima kualiti pengajaran yang terbaik di USM.

Kata kenyataan itu cadangan penstrukturan semula tersebut dibuat supaya kesemua staf akademik PJJ dikembalikan ke Pusat Pengajian asal bagi membolekan mereka lebih kukuh aspek akademik.

Selain itu pada masa yang sama silibus yang ditawarkan kepada pelajar PJJ pada tahap sama dengan apa yang diajar di Pusat Pengajian. – HARAKAHDAILY 27/9/2021


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo