NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JAKIM sudah muktamad SOP solat berjemaah di masjid, surau




MELAKA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah menyiapkan draf Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau, untuk dijadikan panduan kepada semua negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang diadakan semalam.

Bagaimanapun, katanya, prosedur pelaksanaan termasuk kuota jemaah tertakluk kepada kuasa badan agama negeri, manakala JAKIM hanya berperanan sebagai penyelaras dan penanda aras dalam menyediakan draf ketetapan.

"Semua mufti negeri akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa agama negeri masing-masing sebelum SOP baharu negeri diumumkan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempersiapkan negara bagi memasuki fasa endemik COVID-19.

"Hal berkaitan agama ini tanggungjawab negeri. Kadang kala masyarakat marah mengapa masjid tak boleh datang ramai sedangkan ini (keputusan) bukan tugas kita (Kerajaan Persekutuan), kita tak boleh campur urusan agama (negeri), kita kena hormat.

"JAKIM hanya bertindak sebagai penyelaras sahaja, kita beri pandangan dan itu sahaja yang kita boleh lakukan," katanya.


Beliau memberitahu demikian selepas merasmikan program penyerahan Food Bank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan kotak makanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)di Masjid Al-Wahhab Permatang Duyong di sini, hari ini.

Hadir sama, Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Penasihat Agama Ketua Menteri, Datuk Kamarudin Sidek.

Sementara itu, mengulas perkembangan segelintir guru agama yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19, Idris berkata, golongan berkenaan sewajarnya memberi kerjasama dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian pandemik terbabit.

Katanya, nyawa anak murid dan pelajar tidak boleh 'digadaikan' selain perlu mengambil kira keputusan pengambilan vaksin bukan sahaja berlandaskan pandangan ulama tempatan sahaja, tetapi juga cendikiawan agama dari negara Islam seluruh dunia.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo