NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi kepada PM



Pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 27 Ogos 2018.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Dr Muhammed merupakan pakar ekonomi yang berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan Penganalisa Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Malaysia.

“Di samping itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Teknikal Kanan di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia dan Ketua Sekretariat, Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP).

“Beliau juga pernah menjadi perunding untuk Bank Dunia, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP),” kata kenyataan itu lagi.

Dr Muhammed merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi di DM Analytics Malaysia dan memegang Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) (magna cum laude) daripada Institut d’Ć©tudes Politiques de Paris,(SciencesPo Paris), Perancis.

Beliau turut memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Sains daripada Universiti Southern California, Los Angeles.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo