Responsive Ad Slot

Isu tambak laut Terengganu, kerajaan negeri tidak setuju.





Projek pembagunan Sunrise City Di Pinggir Pantai Kuala Nerus hanya cadangan pihak pemaju dan ianya belum dibawa ke hadapan pihak kerajaan negeri untuk dibincangkan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kerajaan negeri tidak bersetuju akan pembangunan projek berkenaan.

“Banyak bantahan oleh masyarakat awam termasuk aktivis alam sekitar terhadap projek ini. Ia memerlukan kajian mendalam kesan sosio ekonomi terhadap masyarakat. Kerajaan negeri tidak bersetuju untuk diteruskan,” katanya menerusi satu posting di laman Facebook rasmi miliknya semalam.

Menurutnya berbagai kajian perlu dilakukan terutamanya berkenaan kesan kerosakan alam sekitar dan kajian risiko sekiranya projek berkenaan diluluskan.

Pada masa yang sama, kajian sosio ekonomi turut dilakukan bagi memastikan rakyat yang bekerja sebagai nelayan pantai tidak terkesan dengan sebarang pembagunan.

Pihak kerajaan negeri amat peka, dengan setiap hal berkenaan rakyat tempatan, punca mata pencarian serta kelestarian alam.

Tamat

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo