Presiden Recep Tayyip ErdoÄan menyatakan bahawa Turki adalah ekonomi kedua paling pantas berkembang di dunia dengan 21.7 peratus pada suku kedua tahun ini.
Presiden ErdoÄan menekankan bahawa mereka meneruskan perjalanan dengan semakin kuat bersama drone dan drone bersenjata buatan tempatan,
''Sekarang, kami telah meningkatkan kedudukan dalam industri pertahanan kami dari 20 peratus menjadi 80 peratus. Kami menjadi salah satu daripada 3 negara teratas di dunia dalam bidang UAV. " Katanya.
Presiden Turki ErdoÄan menyatakan bahawa mereka telah membuat organisasi pengganas pemisah PKK tidak dapat bergerak dengan operasi-operasi anti-keganasan yang dilakukan di dalam dan luar negara,
"Kami menemui pengganas di sarang mereka dan memusnahkan mereka. Kami telah menjadikan penyertaan dalam organisasi pengganas ke tahap paling rendah. Bersama saudara-saudara kami, kami telah mencapai banyak kejayaan di Karabakh dan Libya. Kami menunjukkan kepada seluruh dunia betapa hebatnya negara kami dengan merangkul orang yang tertindas." Katanya.
Presiden ErdoÄan menyatakan bahawa angka pertumbuhan suku kedua yang diumumkan sekali lagi membuktikan dinamisme, daya pengeluaran dan daya tahan ekonomi Turki,
"Turki menjadi ekonomi kedua terpantas di dunia dengan 21.7 peratus pada suku kedua tahun ini." Ujarnya.
ErdoÄan menambah bahawa mereka bertekad untuk menjadikan Turki sebagai pusat pelaburan, pengeluaran dan eksport.
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment