NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas pembaca berita RTM meninggal dunia

Kuala Lumpur: Bekas pembaca berita veteran RTM, Kamaruddin Ahmad, 78, menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Sentosa, Selangor, jam 7 pagi, hari ini.

Anaknya, Kamarul Zaidi Kamaruddin, 53, berkata, Allahyarham bapanya ada beberapa komplikasi penyakit termasuk diabetes dan sakit pada bahagian prostat.

"Arwah tiada selera makan sejak beberapa bulan lalu. Berat badannya kian menyusut. Arwah juga sakit badan dan batuk," katanya.

Kamarul berkata, dia sudah lebih setahun tidak berjumpa bapanya berikutan situasi pandemik Covid-19.

"Saya merancang mahu mengambil cuti minggu depan untuk menziarahinya. Namun, tidak berkesempatan, Allah lebih menyayangi arwah," katanya yang menetap di Damansara.

Menurutnya, bapanya sudah berkahwin buat kali kedua selepas ibunya meninggal dunia, enam tahun lalu.

"Arwah tinggal bersama ibu tiri, sejak dua tahun lalu," katanya.

Allahyarham Kamaruddin meninggalkan seorang balu, lapan anak, tujuh belas cucu dan enam cicit.

Sepanjang 20 tahun bertugas di RTM, Allahyarham menjadi penyampai televisyen pertama dalam sejarah penyiaran negara bergandingan dengan Allahyarham Wan Chik Daud.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Beruntung, hari ini.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo