NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agong perkenan tiada usul undi percaya terhadap Ismail Sabri




PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI] Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan agar tiada usul undi percaya dikemukakan di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelantikan Ismail Sabri telah dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

"Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memperkenan Ismail Sabri yang memperoleh sokongan majoriti," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa.

Menurutnya, usul tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana kerajaan pimpinan Ismail Sabri baharu sahaja dibentuk.

"Jadi dalam masa singkat, saya tidak lihat mereka (ahli Parlimen) mengubah pendirian. Jika tempoh enam atau tujuh bulan, mungkin ada yang mengubah fikiran," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai usul undi percaya terhadap Ismail Sabri yang kini sedang hangat diperkatakan.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menyatakan tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Ismail Sabri dan kerajaan yang telah dibentuk kerana ia dibuat mengikut lunas undang-undang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mengesahkan tiada usul undi percaya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang bersidang minggu hadapan.

“Tiada usul percaya terhadap PM9 @IsmailSabri60,” ciapnya di Twitter.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo