NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Walau kalah undi percaya Perdana Menteri tak wajib letak jawatan


oleh: Fathi Yusof

Letak jawatan bagi seseorang Perdana Menteri bukan satu kemestian, walau pun selepas didapati hilang kepercayaan Dewan Rakyat. Kaedah ini terpakai kerana Yang Di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri baharu tanpa perlu menunggu peletakan jawatan Perdana Menteri sebelumnya.

Jawatan Perdana Menteri sedia ada terbatal dengan terlantiknya Perdana Menteri baru iaitu seorang anggota Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menjawat jawatan itu.

Cara ini paling baik untuk memastikan negara sentiasa ada Perdana Menteri. Ia dapat mengelakkan situasi ketidaktentuan dalam pemerintahan akibat ketiadaan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. 

Tambahan pula dalam situasi wabak Covid-19 dan kesukaran mengadakan pilihan raya umum, ketidaktentuan pentadbiran perlu dielakkan.

Sumber: https://www.facebook.com/fathiyusof/posts/10219218757276620


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo