Responsive Ad Slot

Varian lambda belum dikesan di Malaysia


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) belum mengesan kemasukan varian Lambda ke negara ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM akan meningkatkan usaha pelaksanaan penjujukan genom dalam membendung kemungkinan penularan varian itu.

"Selain itu, kawalan sempadan amat penting untuk membendung jangkitan varian baharu ini. Kita mengawal kes dari luar negara dengan baik menggunakan kaedah elektronik (gelang pengawasan).

"Kita turut menjalankan penilaian risiko sebelum membenarkan individu yang pulang dari luar negara untuk bercampur dengan komuniti," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Varian Lambda satu lagi varian baharu disahkan ditemui di Amerika Syarikat, Peru dan Jepun yang dikesan lebih mudah berjangkit dan lebih kuat melawan imuniti individu yang sudah divaksin.

Pada masa sama, Noor Hisham berkata, KKM akan memulakan penjujukan genom varian COVID-19 secara konsortium dengan menerima peruntukan sebanyak RM3 juta terhadap 3,000 sampel.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo