NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Urusan pentadbiran kerajaan diterajui KSU, ketua jabatan seperti biasa


BANGI, 7 Muharram 1443H, Isnin – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memberi jaminan bahawa perkhidmatan awam terutama anggota barisan hadapan sentiasa memberikan komitmen penuh dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas berteraskan dasar semasa.

Sehubungan itu, beliau berkata, segala urusan pentadbiran seharian akan terus diterajui oleh Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan seperti biasa.

Beliau berkata, anggota perkhidmatan awam akan terus menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan berpegang teguh kepada ikrar Perkhidmatan Awam dalam memberikan yang terbaik kepada rakyat serta negara.

“Perkhidmatan awam komited mendukung konsep neutrality dan government of the day berlandaskan rule of law.

“Jentera kerajaan sentiasa sedaya upaya melaksanakan semua dasar yang telah diputuskan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutama dalam tempoh yang sangat mencabar ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zuki berkata, segala usaha, bantuan dan inisiatif yang melibat peruntukan besar tidak akan terjejas demi kemaslahatan serta kesejahteraan rakyat terutama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang menjadi senjata ampuh dalam melawan pandemik.

Malah, katanya, anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menjaga keamanan serta ketenteraman awam.

“Perkhidmatan awam telah mengemudi pelayaran yang penuh liku dalam pelbagai konflik dan situasi yang mencabar.

“Layarnya perlu selari dengan tiupan bayu, dikemudi cekap dan arahnya menepati destinasi yang hendak dilabuhkan.

“Walau apa pun gelora dan badai yang melanda, pelayaran ini akan kami teruskan bagi melaksanakan tanggungjawab demi negara yang kita cintai ini,” katanya.

https://ismaweb.net/2021/08/16/urusan-pentadbiran-kerajaan-diterajui-ksu-ketua-jabatan-seperti-biasa/

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo