Responsive Ad Slot

Tunjuk perasaan krisis COVID-19 di Thailand krisis masuk hari kedua

Penunjuk perasaan antikerajaan bertindak balas apabila polis melepaskan gas pemedih mata ketika perarakan ke rumah Perdana Menteri di Bangkok. - Foto EPA

BANGKOK: Polis Thailand hari ini menggunakan peluru getah dua hari berturut-turut untuk meleraikan penunjuk perasaan yang menentang tindakan kerajaan mengendalikan krisis COVID-19.

Penunjuk perasaan di Bangkok itu menentang larangan mengadakan perhimpunan awam ketika negara terbabit berusaha mengekang wabak virus terburuknya yang setakat ini merekodkan lebih daripada 21,000 kes harian hari ini.

Kadar program vaksinasi yang perlahan oleh kerajaan disebabkan isu kewangan mendorong kemarahan rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menterinya, Prayut Chan-O-Cha.

Kira-kira 150 penunjuk perasaan berkumpul di persimpangan utama Monumen Kemenangan Bangkok pada petang ini untuk berarak ke kediaman Prayut.

Mereka segera bersurai apabila polis antirusuhan mula menghampiri dan menangkap sekurang-kurangnya dua penunjuk perasaan.

Terdahulu, penunjuk perasaan membakar patung hakim Thailand yang sebelum itu menolak jaminan kepada tahanan politik.

"Polis bukan musuh kita. Musuh kita yang sebenarnya adalah kerajaan," kata seorang penunjuk perasaan pada perhimpunan itu.

Semalam, seramai 48 penunjuk perasaan ditangkap dan sembilan pegawai polis cedera termasuk seorang terkena tembakan di kaki dalam rusuhan yang berlaku di Bangkok itu.

Polis menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah sementara penunjuk perasaan membalas dengan mercun dan batu.

Polis Bangkok yang menghadapi kritikan hebat atas tindakan mereka, menegaskan pendekatan mereka sesuai dengan undang-undang dan mendesak orang ramai untuk tidak membahayakan kesihatan dan keselamatan awam.

Gerakan prodemokrasi yang dipimpin belia bermula tahun lalu dan kemuncaknya menarik puluhan ribu orang untuk melakukan demonstrasi menuntut pengunduran Prayut, bekas ketua tentera yang berkuasa pada rampasan kuasa sejak 2014.

Gerakan itu memecah pantang larang kuno dengan menuntut pembaharuan monarki Thailand, dan sejumlah penunjuk perasaan sudah didakwa atas dakwaan memfitnah kerajaan, yang membawa hukuman penjara 15 tahun.

Bagaimanapun gerakan itu kehilangan momentum ketika kes COVID-19 melonjak selain pemimpinnya ditahan. - AFP

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo