NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Khalid Samad positif, jalani kuarantin di rumah

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dilihat turut hadir di perhimpunan ahli parlimen pembangkang di hadapan dataran merdeka pada 2hb Ogos yang lepas

(UPDATED) Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sejak 4 Ogos lalu selepas salah seorang kakitangannya positif Covid-19.

Menurutnya, walaupun pada mulanya ujian kendiri Covid-19 (Rapid Antigen Test) yang dilakukannya di rumah menunjukkan keputusan negatif, dia meneruskan tempoh kuarantin disebabkan kontak rapat.

Bagaimanapun, Khalid yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Amanah berkata dia mengambil keputusan untuk menjalani ujian kendiri Covid-19 itu selepas seorang lagi kakitangannya didapati positif hari ini.

“Bila kakitangan saya hari ni beritahu hari ni yang dia positif (Covid-19), saya pun buat self-test (ujian kendiri) hari ni juga. Self-test tu saya dapati positif.

Dia berkata, kakitangan yang didapati positif hari ini sering berjumpa dengannya untuk urusan pentadbiran seperti menghantar dokumen kepadanya.

Katanya, setakat ini dia tidak mengalami sebarang gejala dan sedang menunggu keputusan ujian RTK-PCR yang dijangka petang esok. 


Sebaik sahaja selesai himpunan ahli parlimen pembangkang, media AEC Astro dikatakan mengecam Khalid samad kerana dikatakan membuka pelitup muka ketika sedang berhimpun.

Perkembangan terkini kesihatan Khalid Samad diberitakan sangat membimbangkan kerana himpunan ahli parlimen di Dataran Merdeka dikatakan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan KKM.

Sehingga hari ini, kesemua MP yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan oleh pihak polis. 

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo