NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tindakan Blok Pembangkang ke Parlimen cuma raih publisiti, main politik - Mohd Amar

Tindakan yang dipamerkan Ahli Parlimen itu tidak akan disenangi rakyat yang mengetahui penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen hari ini disebabkan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KOTA BHARU: Tindakan anggota Blok Pembangkang berarak ke Parlimen hari ini membuktikan mereka ingin meraih publisiti dan berterusan bermain politik.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan yang dipamerkan Ahli Parlimen itu tidak akan disenangi rakyat yang mengetahui penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen hari ini disebabkan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Bagi saya, dia orang (Ahli Parlimen pembangkang) nak berpolitik dan nak cari publisiti, itu isu yang sebenarnya sebab masa buka Parlimen baru-baru ini pun dia orang tak (beri) manafaat pun.
“Kerajaan bagi ruang tapi bangun buat bising, dua tiga orang yang bercakap dan bagi komen bagus kalau setakat nak bising dalam Parlimen baik tak payah buka, tengok hari pertama sejam lebih asyik main point of order memang buang masa… patut hari pertama bagi peluang kerajaan bercakap lepas itu bahaslah,” kata Mohd Amar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anak yatim di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor di sini, pada Isnin.
Sehubungan itu, Mohd Amar menyifatkan penangguhan sidang khas hari in imerupakan suatu tindakan yang sewajarnya.
Dalam masa sama, beliau juga percaya akan ada sidang Parlimen pada bulan September dan Oktober sekiranya keadaan mengizinkan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memaklumkan, masa masih lagi panjang untuk bersidang sedangkan penangguhan hanya satu hari iaitu hari ini.
Pada Ahad, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat sampel RT PCR kes positif COVID-19 hasil daripada saringan yg dijalankan di Parlimen menunjukkan terdapat unsur berkaitan varian Delta atau varian Kappa.
Menurut Dr Noor Hisham, keputusan itu dikeluarkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang menerima empat sampel daripada Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh.
"Hasil daripada PCR Genotyping Assay, kesemua 4 sampel menunjukkan mutasi pada spike protein yang dikenal pasti wujud pada varian Delta atau varian Kappa.
"Namun berdasarkan VOC (varian yang membimbangkan) yang sedang menular di dalam komuniti, ia berkemungkinan besar adalah varian Delta," kata beliau.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan keadaan individu yang ramai ketika sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang berlangsung bermula 26 hingga 29 Julai lalu telah mencetuskan kebimbangan pihak KKM yang melihat kepada kadar penularan COVID-19.
Sehubungan itu, sidang khas Parlimen yang seharusnya disambung hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Perkara itu dimaklumkan melalui surat kepada Ahli Parlimen yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin.
Penangguhan itu selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh KKM.
"Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan Covid-19," kata surat penangguhan itu.
- Astroawani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo