NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Semua ketua parti menghadap Agong tengah hari esok




PETALING JAYA: Semua ketua parti politik akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok, dipercayai ada kaitan dengan perbincangan berhubung bakal Perdana Menteri kesembilan.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, perjumpaan dijangka berlangsung tengah hari yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

“Esok ada perjumpaan di Istana Negara antara ketua-ketua parti dengan Agong. Dua Speaker dijemput,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau menyembah warkah surat peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Namun, Seri Paduka berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/2021/08/semua-ketua-parti-menghadap-agong-2-30-petang-esok/

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo