NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Segerakan tubuh kerajaan baharu


KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan baharu dapat dibentuk segera supaya pentadbiran berjalan seperti biasa dan urusan negara tidak terganggu.

Menurutnya, tempoh dua bulan ke hadapan ini adalah amat penting kerana Malaysia dijangka mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober manakala segala perancangan yang telah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak boleh terbantut.

“Sektor-sektor ekonomi perlu dibuka semula untuk memastikan ekonomi negara dapat pulih dengan segera dan rakyat dapat menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

“Justeru, momentum pelaksanaan program vaksinasi tidak boleh terganggu. Rekod kita mencatatkan jumlah vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia mesti dikekalkan,” kata beliau dalam perutusan khas hari ini.

Beliau yang meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri hari ini selepas gagal mendapat sokongan majoriti, berkata, barisan Kabinet sebelum ini telah menempah lebih 87 juta dos vaksin untuk penduduk negara ini bernilai 4.36 bilion ringgit.

“Jumlah ini adalah lebih daripada mencukupi untuk saudara dan saudari sekalian,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin mengadap Yang Dipertuan Agong pada tengahari tadi di Istana Negara selama 39 minit, untuk menyampaikan surat perletakan jawatan beliau.

– BebasNews

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo