Responsive Ad Slot

Selepas Umno buat hal, Zahidi cadang Bersatu pula dibubar

Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ahli Parlimen Padang Besar 

Parti serpihan Umno, Bersatu disaran agar dibubar dan pemimpin serta ahlinya kembali ke pangkuan Umno. Ini berikutan Perdana Menteri yang baharu dilantik adalah bersih serta mampu mentadbir negara dengan baik.

Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga Ahli Parlimen Padang Besar itu berkata, beliau berharap dengqn tindakan ini tiada masalah politik ditimbulkan oleh mana-mana pihak sehingga mengganggu pentadbiran diketuai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya mencadangkan supaya parti serpihan Umno kembali bersatu dan jika boleh bubarkan parti lain juga dan kita sama-sama bersama Umno untuk bina kerajaan ini.

"Dahulu, ada pihak kata tidak mahu sokong sebab adanya kluster mahkamah dan sebagainya, namun kali ini kita memilih Perdana Menteri dan pemimpin bersih yang diterima rakyat," katanya lagi.

Beliau berharap dalam tempoh terdekat ini semua pihak memberi sokongan dan kerjasama untuk kerajaan menumpukan kepada usaha mencari penyelesaian kepada masalah rakyat.

"Kerajaan baharu ini akan lebih menumpukan kepada penyelesaian ekonomi, Covid-19 dan kebajikan rakyat."

"Jadi kita harap, ahli politik tak timbulkan masalah mengenai yang lepas kerana kita sekarang sudah ada kerajaan dan Kabinet baharu."


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo