NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selamat tinggal Arsenal - Willian


London: Arsenal mengumumkan Willian meninggalkan kelab itu dengan persetujuan bersama dan kembali ke Brazil untuk menyertai Corinthians.

Pemain sayap itu berpindah ke Emirates dari pencabar Liga Perdana, Chelsea pada musim panas lalu dengan yuran percuma. Walaupun kontraknya berbaki dua tahun dengan gaji £220,000 (RM1.25 juta) seminggu, Willian yang berusia 33 tahun kini tidak lagi bersama Gunners.

Corinthians kemudian mengesahkan dia kembali beraksi untuk kelab pertamanya ketika dia berusia 10 tahun.

Dalam kenyataan panjang di Instagram, bintang Brazil itu meminta maaf kepada penyokong Arsenal.

"Saya berterima kasih kepada Arsenal memberi saya peluang dan menerima layanan baik daripada semua orang di kelab ini. Malangnya apa yang berlaku di atas padang tidak seperti dirancang. Saya terima banyak kritikan daripada sesetengah media yang mendakwa saya datang ke sini atas sebab kewangan.


"Sepanjang karier saya sentiasa melakukan yang terbaik untuk membantu kelab tetapi ini tidak berlaku di Arsenal dan maafkan saya mengenainya.''


"Kepada rakan-rakan dalam kelab bersejarah ini, saya harap anda temui kejayaan pada masa depan.''

Arsenal dalam kenyataan mereka berkata: ''Kami mencapai persetujuan bersama dengan Willian untuk menamatkan kontraknya berkuatkuasa hari ini.

"Dia menyertai kami dari Chelsea sejak Ogos lalu dan tampil 37 perlawanan sepanjang kempen 2020/21. Kami di Arsenal mengucapkan selamat maju jaya kepada Willian dan keluarganya.''

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/08/749012/selamat-tinggal-arsenal-willian


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo