NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sebagai Perdana Menteri Caretaker, peranan Muhyiddin berbeza, kuasa juga sangat terbatas



PUTRAJAYA: Sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan akan tetap berpegang pada prinsip.

Selain itu, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau hanya melakukan tugas berdasarkan nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Peguam Negara sahaja.

Menurut Muhyiddin lagi, peranannya ketika ini berbeza dengan jawatan sebelum ini dan mempunyai keterbatasan kuasa.

"Sefaham saya ialah sebagai Perdana Menteri Caretaker, jemaah menteri telah berhenti dan tidak lagi dalam kerajaan, jadi saya seorang sahaja.

"Saya juga telah tanya kepada Peguam Negara mengenai peranan saya. Saya tak fikir saya perlu naik ke pejabat, sebab pejabat saya itu bukan untuk saya (lagi).

"Kalau apa-apa hal tertentu yang memerlukan mungkin sesuatu perkara, tak akan Agong buat sendiri kan? Dalam keadaan tidak ada Perdana Menteri, baginda mungkin memanggil saya (untuk mendapatkan nasihat).

"Tetapi (Perdana Menteri Caretaker) ada keterbatasan kuasa bukan seperti Perdana Menteri sebelum ini," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Perutusan Khas, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau, juga tidak boleh meluluskan peruntukan kewangan yang besar dan membuat keputusan untuk negara.

"Yang pastinya saya tidak boleh tandangan cek RM1 bilion atau buat keputusan-keputusan tertentu walaupun untuk negara.

"Saya tak fikir kuasa kedudukan saya membolehkan saya membuat begitu, saya berpegang kepada prinsip yang saya hanya buat apa yang harus buat, ikut nasihat Peguam Negara dan Yang di-Pertuan Agong," ujarnya.
 
............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo