NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rosni letak jawatan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN

Datuk Rosni Sohar, MKT Umno
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuatkuasa semalam.

Beliau berkata, peletakan jawatannya itu selaras dengan peletakan jawatan Ketua Wanita UMNO yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

"Saya sebagai ahli MKT UMNO setia dan patuh atas ketetapan yang dibuat parti.

"UMNO parti yang memperjuang dan mendukung titah Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam asas serta tujuan UMNO mengikut Fasal 3," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rosni yang juga Setiausaha Wanita UMNO turut mengucapkan penghargaan kepada Noraini kerana memberi peluang kepada beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan PTPTN atas kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan beliau.

Jumaat lalu, Noraini meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi serta-merta Jumaat lalu berdasarkan keputusan MKT UMNO pada 3 Ogos lalu yang menarik sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Noraini, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah turut meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

- BH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo