NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ROS pertegas MT UMNO kini hanyalah caretaker

PUTRAJAYA: Kepemimpinan Majlis Tertinggi (MT) UMNO ketika ini hanya boleh berfungsi sebagai caretaker sehingga selesai pemilihan dan mesyuarat Agung UMNO 2021 dijalankan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Jasri Kasim berkata, MT yang diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh sebelum pemilihan dibuat, hanya boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran parti.

Menurut beliau, dalam situasi itu, pihaknya menyangkal ura-ura bahawa parti itu boleh dibatalkan dengan mudah kerana ia masih diterajui Pengerusi Tetap dalam tempoh fungsi kepemimpinan MT ketika ini.

“Pada masa ini (kepemimpinan UMNO) seperti caretaker sahaja, hanya boleh buat pengurusan administrative atau pentadbiran biasa parti.

“Dari segi pelaksanaan (atau segala) keputusan dasar kena bawa ke perhimpunan agung dahulu kerana dia lebih kepada caretaker sahaja,” katanya di sini semalam.

Jasri berkata, pihak RoS telah menerima surat penjelasan daripada UMNO semalam berhubung keputusan penangguhan pemilihan 18 bulan yang mana RoS berpandangan sebelum ini sebagai tidak sah memandangkan keputusan penangguhan itu dibuat selepas tamat tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2021 pada 30 Jun lalu.

Jelas beliau, pihaknya akan meneliti dan mengkaji surat penjelasan yang diterima itu terlebih dahulu kerana parti itu ada mengemukakan maklumat-maklumat baharu.

Bagaimanapun katanya, segala intipati surat penjelasan itu tidak boleh didedahkan, namun memberitahu akan meneliti satu persatu penjelasan berkenaan.

“Saya sudah bercakap perkara ini kepada pihak UMNO bahawa isu ini straight forward sahaja, kita dah dengar penjelasan mereka dan akan teliti satu persatu.

“Mereka juga tidak mengemukakan lagi cadangan tarikh baharu pemilihan parti dan Mesyuarat Agung UMNO 2021 yang akan diadakan,” katanya.

Sumber : Utusan


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo