Responsive Ad Slot

Rakyat sokong gabungan baharu kerajaan dibentuk – Kaji selidik

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia memberikan sokongan mereka sekiranya sebuah gabungan baharu kerajaan dibentuk untuk menangani kemelut politik semasa.

Pergolakan politik di Malaysia meletihkan rakyat secara emosi lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19 dengan kes terbaharu dilaporkan terus meningkat saban hari, demikian menurut hasil kaji selidik yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI.

UCSI berkata hasil kaji selidik terkini menjurus kepada Keutamaan Pembentukan Kerajaan yang melibatkan 1,053 rakyat Malaysia di seluruh negara dengan margin kesalahan sampel +/- 3%.

UCSI berkata, para responden ditanyakan pendapat mereka tentang sama ada Malaysia memerlukan kerajaan yang baharu.

Keputusan menunjukkan 69.9% responden memilih ‘Ya’ sementara 30.1% lagi memilih ‘Tidak’.

Responden yang memilih ‘Ya’ kemudiannya ditanya lanjut tentang gabungan yang disokong mereka jika berlaku pembentukan semula kerajaan.

Menurut UCSI, keputusan menunjukkan 66.3% daripadanya menyokong gabungan baharu dan 33.7% lagi menyokong kerajaan terdahulu, Pakatan Harapan.

Menariknya, kedua-dua kumpulan responden ini berkongsi pandangan yang sama sekiranya Malaysia memerlukan kerajaan baharu iaitu, negara perlu memberikan tumpuan kepada usaha melawan COVID-19.

Katanya, orang awam bimbang terhadap sistem kesihatan negara serta pemulihan ekonomi yang secara langsung turut memberi kesan kepada mereka terutama dalam tempoh yang mencabar ini.

Ketidakstabilan politik menyebabkan ketidaktentuan terhadap polisi dan menjadi tanda tanya sama ada kebajikan rakyat diutamakan, kata UCSI lagi.UCSI Gabungan baharu

– BebasNews.




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo