NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pusaka wali berbalik asal



Di sebalik rimbunan
Jati Pukul Lima, dia
kuintai mesra.
Sirih pulang ke gagang
bersahut kumandang
tasbih ikan Kekacang,
kukelih dia tersenyum riang menyambut kudatang.
Di dalam sungai asal berdiri,
tegak tiang delapan kaki
gajah baginda beristirehat
dalam jaga,
pasak diguna berpantang besi ditusuk pada
daging kayunya!
Sifat keramat pertukangan wali
diketahui hanya jauhari.
Lalu,
kusepuh rindu
pada galang panjang dua puluh,
beralas Ali Imran: 31,
kata-kata pendeta pun bergema...
"Anakanda nan bijaksana,
sakti bumi Cik Siti mesti dijaga teguh,
selagi lantai Masjid Kampung Laut tak disentuh bah musim tengkujuh
watan ini kekal utuh."
Gulp!


ZANAZANZALY
Lanai Sayyid Hussein Jamadil Kubra,
Kampung Laut.
25 Zulhijjah 1442H
https://www.facebook.com/zana.zanzaly/posts/10224712093486063


 

 ............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo