NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Poco telah keluarkan lebih 20 juta telefon pintar sejak Ogos 2018

Poco merupakan salah satu sub-jenama dibawah Xiaomi yang telah mengeluarkan peranti dibawah nama Pocophone sejak Ogos 2018 yang lepas.

Selepas mengeluarkan telefon pintar pertama dibawah jenama ini pada Ogos 2018 lepas, Pocophone F1 telah mencuri perhatian ramai dengan penawaran spesifikasi tinggi pada harga kompetitif.

Lanjutan daripadanya, selepas mendiamkan diri sementara, Poco mula aktif kembali sejak 2020 dengan beroperasi sebagai sebuah syarikat kendiri berbanding Xiaomi.

Dan menariknya, kini Poco mengumumkan mereka telah mengeluarkan sebanyak 20 juta telefon pintar sehingga ke hari ini.

Di Malaysia sendiri, Poco agak aktif dan mempunyai peminatnya tersendiri. Model paling terbaru diperkenalkan adalah Poco X3 GT yang ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM1299.

- Amanz



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo