NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PMO nafi Muhyiddin adakan mesyuarat bersama SPR

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin bermesyuarat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi membincangkan kaedah untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam situasi pandemik COVID-19.

Penafian itu disertakan dengan gambar kenyataan media mengandungi dakwaan berkenaan, diedarkan melalui aplikasi kumpulan WhatsApp bersama media sebentar tadi.

Terdahulu, kenyataan palsu itu mendakwa Perdana Menteri, antara lain mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPR yang mengemukakan cadangan amat praktikal bagi memastikan PRU-15 yang akan diadakan tidak lama lagi, berjalan lancar dan selamat.

Melalui mesyuarat turut didakwa dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu, kerajaan didakwa akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti cadangan dikemukakan SPR, termasuk syor mengehadkan hak mengundi kepada individu lengkap vaksinasi.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo