NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lima pertanyaan ahli Umno seumur hidup kepada Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata kepada The Vibes, yang khabarnya sebuah portal milik rakan karib Anwar, Vinod Sekhar bahawa khabar yang tular bahawa dia calon PM dari Umno itu mengarut.

Beliau menegaskan lagi bahawa keputusan belum dibuat berkenaan isu tersebut.

Sebagai seorang ahli Umno, kenyataan Zahid ini menimbulkan lima tanda tanya:

Pertama, jika Zahid selaku presiden Umno tidak mencalonkan dirinya, siapa yang akan dicalonkan Umno? Adakah calon ini sebagai boneka sahaja kepada Zahid?

Kedua, apakah locus standi dan latar belakang nama yang akan dicalonkan oleh Umno ini? Adakah dari Umno juga atau bukan?

Ketiga, jika tidak Zahid dan Muhyiddin, pemimpin politik lain yang mempunyai blok sokangan yang besar dalam Parlimen adalah Anwar Ibrahim, adakah ini merupakan strategi sebenar menaikkan Anwar sebagai PM ke-9?

Keempat, jika Umno belum lagi memutuskan calonnya untuk ganti Muhyiddin, bila waktunya?

Adakah Umno ambil risiko untuk tumbangkan PM dan kerajaan tanpa pelan penggantian yang boleh diterima? Bagaimana kerajaan akan berfungsi tanpa PM dan Kabinet apabila kerajaan runtuh? Sebarang “caretaker” government dalam waktu interim tidak boleh buat sebarang keputusan baru, bagaimanakah kerajaan akan menangani pandemik?

Kelima, bolehkah kita pegang kepada kata-kata Zahid? Jika sebelum ini beliau berani menipu kepada Yang di-Pertuan Agong dalam surat yang mengatakan Umno menyokong penuh Anwar Ibrahim untuk jadi PM, menipu mahkamah untuk cuba mengelirukan perbicaraan mahkamah, menipu Majlis Kerja Tertinggi Umno berkali-kali tentang kerjasama dengan Anwar dan menipu rakan-rakan ahli Parlimen dalam mengumpul akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan kerajaan.

Walaupun Ahmad Maslan berkata Zahid bersumpah tidak menyokong Anwar, itu kata Ahmad Maslan.

Namun tidak mustahil Zahid, penipu bersiri selepas ini mengangkat sumpah bahawa beliau tidak akan sokong Anwar ketika ini.

Apa sebenarnya pencaturan presiden kita ini? Sebagai seorang ahli parti yang setia, kenapa kita perlu merosakkan kerajaan Melayu Islam sekarang hanya kerana tamak haloba berebut kuasa? Kenapa perlu disokong dan dijulang petualang bangsa, Anwar bin Ibrahim ini?

Walahu’alam. Fikir fikirkanlah.

Hassan Rahim adalah ahli seumur hidup Umno Tanjung Piai.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo