Responsive Ad Slot

Pertukaran Perdana Menteri tidak menentukan apa-apa


TIDAK ada jaminan bahawa pertukaran Perdana Menteri atau kerajaan pada sekarang akan dapat mempercepatkan langkah membasmi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara

Kenyataan itu dinyatakan melalui satu memorandum bersama Gabungan 175 NGO hari ini yang bertindak menyerahkan memorandum berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi.

Memorandum yang dibawa oleh 175 NGO itu turut merayu agar campur tangan Agong dalam menghentikan pertelingkahan parti-parti politik dan mengutamakan kepentingan rakyat.

“Memorandum NGO-NGO Islam Malaysia merayu campur tangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, menitahkan agar pemimpin-pemimpin politik mengutamakan nyawa rakyat ketika menghadapi pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan.

“Kami meminta semua pemimpin yang berkenaan itu supaya memberi keutamaan kepada nyawa rakyat bukannya pada percaturan kuasa,” kata wakil Gabungan NGO dalam kenyataannya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, di dalam memorandum berkenaan turut dizahirkan rasa bimbang sekiranya kerajaan yang ada ini terbubar.

“Maka tiada mana-mana pihak yang memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan. Sekiranya keadaan ini berlaku ia sudah pasti akan menjejaskan dan meletakkan negara dalam keadaan yang amat tidak stabil,” katanya.

Katanya lagi, keadaan itu akan menjejaskan usaha dan fokus kerajaan menagani Covid-19 dan memberi lebih tumpuan terhadap kemaslahatan rakyat dan perpaduan ummah.

Tambah beliau, seharusnya pada masa sekarang ini semua pihak berganding bahu dan berkongsi ikhtiar bagi memastikan Covid-19 dapat dibentuk, program imuniti berkelompok dapat dicapai dan ekonomi negara dapat digerakkan semula.

Jika semua itu dapat dilakukan secara bersama dan penuh istiqamah, negara ini akan kembali pulih seperti sediakala dalam tempoh yang sepatutnya, katanya

“Apa yang dikhuatiri ialah ia akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan nasib rakyat akan menjadi lebih buruk.

“Atas sebab-sebab di atas maka patik sekalian memohon agar Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku dapat menamatkan pertelingkahan yang merugikan agama, bangsa dan negara ini,” kata kenyataan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH). – SM

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo