NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid-19: Henti rebut kuasa, negara berdepan situasi sukar



KUALA LUMPUR: Semua pihak harus melupakan fikrah politik seketika dan menghentikan perebutan kuasa tatkala negara berdepan situasi sukar pandemik Covid-19 yang mengakibatkan ramai terkorban ketika ini.

Menurut Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar, perebutan kuasa dan pangkat ketika ini adalah satu tindakan yang sangat dikesalkan.

Kata beliau, saat ini sewajarnya fikrah parti diketepikan dan pimpinan politik perlu berfikiran matang dan terbuka dalam memberi serta menerima pandangan pelbagai pihak.

“Negara kita ibarat berada di medan perang, dan setiap hari kita melihat rakan dan saudara kita gugur seorang demi seorang.

“Namun, dengan peningkatan kes yang terlalu tinggi, dan kadar kematian yang sungguh menghibakan. Maka, wujud keperluan mendesak untuk menukar ‘panglima perang,” ujar beliau.

Dr Wan Rohila bersetuju dan menyokong apa yang dititahkan Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dengan memberi amaran kepada wakil-wakil rakyat negeri itu supaya mengutamakan rakyat atau sebaliknya baginda akan membubar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru itu, Wan Rohila menyeru para pimpinan parti politik kerajaan dan pembangkang agar meninggalkan sementara fikrah politik mereka disebabkan ketidaksesuaian masa yang suntuk untuk berdepan wabak itu.

“Utamakan perkara awal iaitu melawan pandemik Covid-19 lalu, berbincang secara matang kerana politik riuh rendah di jalanan tidak akan membuahkan hasil,” ujarnya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini. – HARAKAHDAILY 12/8/2021





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo