NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perbaharui lesen atau bakal berdepan tindakan – JPJ




KUALA LUMPUR – Pemilik kenderaan diingatkan supaya memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) bermula 1 Oktober ini untuk mengelakkan diri mereka dikenakan tindakan tegas.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, jika ada yang masih belum memperbaharuinya sehingga 30 September ini, mereka akan dikenakan tindakan saman serta kompaun dan boleh dituduh mengikut Seksyen 26(1) dan 23(1) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Mulai tempoh tersebut moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen itu telahpun tamat selepas tiga kali diberikan lanjutan dan tiada lagi kelonggaran yang akan diberikan selepas tempoh berkenaan, lapor Berita Harian.

“Tidak kira apa kenderaan yang dimiliki, pemandu harus ada dokumen penting yang sah,” katanya ketika sidang media di Terminal Bas Lembah Sireh di Kota Bharu.

Zailani berkata, bagi memudahkan urusan pembayaran pembaharuan dokumen itu, JPJ bekerjasama dengan Pos Malaysia Berhad untuk proses transaksi bermula esok. Ini termasuk pembukaan kaunter pejabat pos pada hujung minggu secara temu janji dan penyediaan kiosk.

– BebasNews


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo