NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin PAS adakan pertemuan dengan Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kesemua ketua parti mengadakan pertemuan dengan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman Naib Presiden Umno itu di Tropicana, di ibu negara, petang semalam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai parti itu bertemu dengan Ismail Sabri.

Turut hadir ialah Timbalan dan Naib Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Semalam, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah telah memperkenankan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan.

Menurut Ahmad Fadil, lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan diadakan di lstana Negara jam 2.30 petang ini. 

Sumber | Harakahdaily


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo