NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin dunia luar tidak jadikan COVID-19 alat jatuhkan kerajaan

YB Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz, Adun Jengka

Berdasarkan kepada fakta dan data, dengan kemunculan Varian Delta, dunia menerima 100 juta peningkatan jangkitan Covid-19 sejak enam bulan terakhir ini.

Setakat hari ini, lebih 200 juta kes jangkitan Covid-19 dengan lebih 4 juta kematian direkodkan di seluruh dunia. Ini menunjukkan bahawa peningkatan jangkitan Covid-19 adalah isu global bukan Malaysia sahaja.

Namun, pemimpin dunia luar tidak menjadikan isu Pandemik Covid-19 sebagai alat politik untuk menjatuhkan kerajaan. Tiada juga Hashtag #KerajaanGagal yang menjadi trending nombor satu di Malaysia.

Sebagai contoh, Amerika Syarikat sebuah negara maju yang mengeluarkan vaksin. Namun, jangkitan Covid-19 rakyatnya melebihi 36 juta, angka kematian melebihi 600 ribu. Kematian harian pernah mencecah 3,400 orang sehari.

Tetapi Dewan Senat Amerika Syarikat tidak memanggil anggotanya bersidang untuk melancarkan bantahan kepada Presiden Joe Biden. Bahkan parti pembangkang Republikan juga tidak melancarkan kempen menggunakan isu Covid-19 sebagai senjata menyerang Presiden Joe Biden.

Mereka memberi ruang kepada presiden supaya dapat fokus menanganinya. Bahkan mereka turut sama berkempen menggalakkan rakyat agar mengambil vaksin. Lebih cantik lagi, sebahagian daripada pemimpin menawarkan hadiah kepada individu yang cucuk vaksin...






............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo