NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PDRM kesan rancangan perhimpunan jalanan 21 Ogos

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia maklum rancangan untuk mengadakan satu perhimpunan jalanan pada 21 Ogos ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Malah, ini juga membelakangkan keselamatan kesihatan dalam senario semasa penularan COVID-19.

"PDRM meminta orang ramai untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan SOP yang sedang berkuatkuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata, demi keselamatan kesihatan umum, PDRM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan dan akan mengambil tindakan tegas dalam perkara ini.

Sumber : BH 


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo