NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tunggu hasil mesyuarat khas Kabinet dulu


SERDANG: PAS akan meneliti hasil Mesyuarat Khas Kabinet yang dijadual berlangsung esok, sebelum menetapkan sebarang keputusan lanjut.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, bagaimanapun berkata pendirian parti Islam itu ketika ini masih bersama untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Parlimen dari parti Islam itu dan majlis syura berkenaan, semalam.

"Kita menegaskan dasar parti iaitu mempertahankan PN dan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN). PAS kekal menjadi jambatan antara dua parti besar Melayu... PAS dan UMNO serta menjadi jambatan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Demi kebaikan negara dan politik bagi jangka panjang, parti besar Melayu mesti bersama sebab ia tonggak kepada kerajaan, disusuli parti lain yang mempunyai kepelbagaian kaum.

"Bagaimana kaedah memperkukuh MN itu adalah kerja dalaman PAS yang tak boleh didedahkan kepada umum, walaupun UMNO dan BERSATU dilihat tidak mencapai kesepakatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo