NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Paralimpik Tokyo tanpa penonton




Tokyo: Paralimpik Tokyo bakal dilangsungkan tanpa kehadiran penonton, menurut penganjur hari ini selepas Jepun mencatatkan peningkatan kes jangkitan koronavirus walaupun langkah kecemasan dilaksanakan di beberapa wilayah di negara itu.

Keputusan itu bagaimanapun telah dijangkakan selepas Sukan Olimpik mengambil tindakan sama susulan Jepun berdepan kemunculan kes virus baharu dan perintah darurat dikuatkuasakan di enam wilayah.

"Lebih banyak langkah ketat akan dilaksanakan termasuk acara berlangsung tanpa penonton,'' kata penganjur dalam satu kenyataan bersama dengan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dan pihak kerajaan.

Kenyataan itu berkata pengecualian diberikan kepada kanak-kanak dari beberapa sekolah yang boleh menyaksikannya di bawah program khas dengan peraturan kesihatan yang ketat.

"Kami berharap dapat memberikan impian dan harapan kepada seramai mungkin kanak-kanak menerusi temasya ini,'' kata ketua Tokyo 2020, Seiko Hashimoto kepada wartawan.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/08/743324/paralimpik-tokyo-tanpa-penonton


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo