Responsive Ad Slot

OLIMPIK TOKYO: Azizulhasni, Shah layak ke pusingan ketiga

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom beraksi dalam peringkat pusingan kelayakan acara pecut temasya Sukan Olimpik 2020 di Veledrom Izu, Tokyo. - Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Dua pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus masing-masing berjaya menempah tiket ke pusingan ketiga acara pecut individu lelaki pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo hari ini.

Kedua-dua pelumba itu bagaimanapun terpaksa mengharungi laluan sukar apabila beraksi dalam pusingan repechage selepas tewas di pusingan kedua dalam saingan yang berlangsung di Velodrom Izu.

Azizulhasni, 33, yang diberi julukan The Pocket Rocketman mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menyambar tiket ke pusingan ketiga apabila menewaskan pelumba Kanada, Nick Wammes.

Shah Firdaus, 25, yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik pula terpaksa beraksi dua kali dalam pusingan repechage selepas terlanggar lawannya, Patryk Rajkowski sehingga menyebabkan pelumba Poland itu terjatuh.

- BH

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo