NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mat Kilau : Pahlawan kemerdekaan




Nama penuh beliau Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah . Dilahirkan sekitar tahun 1865 di kampung Kedondong , Pulau Tawar , Jerantut Pahang . Sebagaimana masyhur beliau merupakan seorang pahlawan yang menentang british di Pahang . Mempunyai kepandaian dalam ilmu pembacaan Qur'an dan berzanji . Beliau juga mempelajari ilmu kebathinan dan persilatan dari ayahnya sendiri Tok Gajah , dan mendalami ilmu agama dengan Haji Uthman Senik yang merupakan Mufti Pahang ketika itu .

Dikatakan beliau pernah bertapa di Gua Kota Gelanggi , Pahang yang tidak berapa jauh dari kediamannya di Pulau Tawar , bertujuan untuk mendalami ilmu yang dituntunya . Diberitakan gua tersebut masih ada sehingga kini , dan terdapat daripada sumber yang tertentu mengatakan , gua tersebut boleh menghubungkan antara Pahang , Terengganu dan Kelantan .

Beliau bersama Tok Janggut dan Tok Bahaman bersepakat menentang penjajahan British sehingga pihak british memalsukan berita bahawa mereka telah mati kerana cedera parah ketika ditawan sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar di Singapura . Sedangkan beliau masih hidup dan menyembunyikan dirinya kerana sudah dicop oleh british sebagai pemberontak . Beliau bersembunyi dibeberapa tempat sehinggalah akhirnya menetap di Batu 5 , jalan Kuantan - Gambang . Begitu juga beliau telah menukar namanya beberapa kali sehinggalah beliau dikenali dengan nama Mat Siam .

Pada hari Jumaat 26 Dis. 1969 , selepas solat Jumaat , Mat Kilau telah kembali ke tempat kelahirannya , Pulau Tawar untuk mengisytiharkan dirinya masih hidup . Pengumuman ini telah menggemparkan orang ramai sehingga kerajaan Pahang telah menubuhkan badan penyiasat pada 8 Jan. 1970 berhubung dengan pengisytiharan itu . Beberapa orang telah ditemuramah untuk memastikan Mat Siam sebenarnya ialah Mat Kilau . Setelah disahkan kesohehannya pada 6 Ogos 1970 , Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang , Tan Sri Mohd Yahya .

Setelah 4 hari pengumuman itu , beliau kembali ke rahmatullah pada usia 122 tahun kerana uzur .... Al-Fatihah .

https://www.facebook.com/groups/830724801207627/posts/874213310192109/

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo