NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lembah Klang sedia alih ke fasa 2 PPN




KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melihat secara terperinci peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang ekoran kadar suntikan lengkap vaksinasi atau dua dos sudah mencapai kadar 89.5 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan dibincangkan sebaik mesyuarat Kabinet dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 diadakan.

“Kalau jumlah 89.5 peratus mungkin boleh berpindah ke fasa seterusnya sebab dari segi kadar vaksin telah melebihi keperluan imuniti kelompok iaitu hampir 90 peratus.

“Jadi saya akan tengok secara terperinci nanti dan mungkin banyak negeri akan pindah ke fasa lain. Tunggulah pengumuman nanti,” kata Perdana Menteri.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir menyaksikan penerima ke satu juta dos vaksin AstraZaneca di PPV WTCKL di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang mula beroperasi pada 5 Mei lalu.

Menurut Perdana Menteri, dos pertama di Lembah Klang yang digunakan sebanyak 6,824,193 dos iaitu bersamaan 110.7 peratus melebihi penduduk Kuala Lumpur ini.

“Bagi dos kedua iaitu dos lengkap, seramai 5,518,094 iaitu 89.5 peratus sudah menerimanya.

“Kalau sudah 89.5 peratus, mungkin boleh berpindah ke fasa seterusnya kerana dari segi vaksin sudah melebihi keperluan imuniti kelompok,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan sehingga 28 Ogos, sebanyak 61.9 peratus populasi dewasa iaitu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara telah menerima satu dos vaksin manakala 82.2 peratus pula telah lengkap vaksinasi.- UTUSAN


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo