NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Ebit Lew: Polis sudah rekod keterangan mangsa


PETALING JAYA: Polis sudah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan siasatan kes melibatkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan enggan mendedahkan siapa mangsa dan berapa ramai saksi yang sudah tampil membantu siasatan.

Menurut beliau, siasatan berhubung perkara itu masih diteruskan dengan polis masih menunggu saksi-saksi lain tampil membantu siasatan.

“Masih belum ada perkembangan terbaru lagi, orang ramai ada maklumat boleh tampil,” kata beliau ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Bertindak atas laporan itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit, 37, dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit.

Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan tersebut berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

Sumber | Utusan


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo