NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa tidak beri peluang anak muda galas tanggungjawab di peringkat kerajaan?

Kenapa tidak beri peluang anak muda galas tanggungjawab di peringkat kerajaan?'
Shahril Hamdan kiri) yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO telah diberi kepercayaan yang tinggi untuk menjadi Ketua Penerangan dalam parti itu. - FB/Apa Khabar Semua
KUALA LUMPUR: Negara mempunyai ramai pemain besar melibatkan golongan anak muda yang berpotensi menentukan sesebuah kerajaan.

Melihat kepada setiap wakil golongan muda di setiap parti, pemimpin masa hadapan ini ternyata dilihat dapat mengetengahkan idea-idea baharu dalam pentadbiran.

Dalam satu perkongsian status di Facebook ‘Apa Khabar Semua’, antara 'pemimpin muda hebat' yang disebut dari parti UMNO ialah Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan dan Tuan Mohd Shahar antara yang dilihat berpotensi besar diangkat mengetuai sesebuah kementerian.

“Shahril Hamdan yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO telah diberi kepercayaan yang tinggi untuk menjadi Ketua Penerangan dalam parti itu.

“Kenapa tidak beliau diberikan peluang menggalas tanggungjawab di peringkat kerajaan. YB Tuan Mohd Shahar juga memainkan peranan besar sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang dan telah dipilih rakyat sebagai Ahli Parlimen Paya Besar,” jelas akaun Facebook tersebut.

Selain itu, pemimpin muda Pas juga antara yang dilihat terkehadapan dalam membawa isu rakyat kerana pernah beberapa kali usul yang dibawa oleh pimpinan muda Pas, Senator Ir Ts Khairil Nizam dan Ustaz Fadhli Shaari diterima oleh pihak kementerian.

“Pemimpin Pas juga antara pemegang rekod pemimpin yang berintegriti dan bebas rasuah.

“Pemimpin seperti inilah yang menjadi aspirasi anak muda untuk terus menaruh kepercayaan kepada politik tanah air kita.

“Kehadiran mereka di peringkat kementerian pastinya memberi saingan kepada pemimpin muda dari parti lain,” jelasnya.

Sementara itu, menurut akaun tersebut, Parti Bersatu walaupun masih baharu tetapi mempunyai kepimpinan muda yang berpotensi besar seperti Wan Ahmad Fayhsal dan Hilman Idham.

“Wan Ahmad Fayhsal pernah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Menteri KBS era pemerintahan Kerajaan PN, malah Hilman juga memainkan peranan penting sebagai setiausaha politik Menteri MITI, Datuk Seri Azmin Ali dalam memberi idea baru dalam kementerian.

“Beliau juga telah diberi kepercayaan rakyat sebagai ADUN Gombak Setia dalam PRU14 lepas,” ujar akaun Facebook itu dalam satu muat naik status pada Khamis.

Mengulas lanjut, kenyataan akaun itu turut berpandangan, politik tanpa prinsip akan menyebabkan fokus utama menyelesaikan isu rakyat beralih kepada pertikaian hal remeh tanpa kesudahan.

"Politik berprinsip akan menyebabkan kita sentiasa tenang ketika di berada di atas atau saat kita di bawah.

"Anak muda perlu mengambil iktibar daripada krisis politik yang berlaku dan perlukan satu acuan baru untuk membentuk politik yang lebih sihat demi rakyat Malaysia," kata akaun itu lagi.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo