NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jom! Kenali 3 hero sukan Paralimpik Negara


Sukan paralimpik Tokyo bakal bermula semalam,daripada 24hb Ogos sehingga 5hb September depan. Pastinya mereka semua perlukan sokongan padu daripada 32 juta 'Keluarga Malaysia'.

Ada daripada kalangan hero kita ini berstatus 'World Class'!

Hari ini Admin nak kongsikan 3 Atlet yang boleh kita berikan perhatian sepanjang perjuangan mereka di Temasya Paralimpik Tokyo 2020.


1. Mohamad Ridzuan Puzi

Juara bertahan bagi acara 100 meter (m) T36 ini pasti dahagakan pingat untuk dibawa pulang ke Malaysia. Atlet terbaik Asia 2018 ini mencipta rekod dunia dan juga rekod Sukan Para Asia dalam acara 100m lelaki T36 (celebral palsy) ketika beraksi pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta. Pencapaian emas di Rio lalu, pastinya memberikan keyakinan untuk Dik Wan meraih pingat pada temasya kali ini.


2. Muhammad Ziyad Zolkefli

Siapa tak kenal dengan 'Super Ziyad' ni, Ziyad merupakan atlet yang beraksi dalam acara lontar peluru F20. Admin yakin yang kali ini Ziyad mampu pecahkan rekod dunia 17.29 meter (m) yang dirakamnya pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London 2017. Juara bertahan ni. Mesti boleh!


3. Abdul Latif Romly

Kalau korang semua masih ingat, pada temasya olimpik Rio 2016, riuh di media sosial dengan hashtag #terbangLatifterbang. Abdul Latif Romly ini adalah penyumbang pingat emas ketiga di Rio 5 tahun lalu. Bukan sahaja mencatat lompatan sejauh 7.60 meter, Abdul Latif Romly juga turut memecahkan tiga rekod dunia di Rio!

Ayuh kita berikan sokongan kepada mereka sepertimana yang kita zahirkan pada atlet Olimpik beberapa minggu lalu. La nih, Gambar-gambar yang admin share ni juga perlukan sokongan padu korang. 

Ayuh Malaysia! Kalian 'Luar Biasa'! 

-Admin Jad-

C&P


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo