Responsive Ad Slot

Giliran Glaetzer pula dikecam netizan, punca Azizul terlepas emas

GLAETZER (dua dari kanan) pada satu ketika menduduki tempat kedua dilihat tidak melakukan gerakan untuk mengejar pelumba Britain, Kenny. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Jika semalam pelumba Britain, Jack Carlin dikecam kerana dikatakan menjadi punca Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh pada perlumbaan saringan kedua, hari ini giliran pelumba Australia, Matthew Glaetzer pula menerima kecaman daripada netizen Malaysia.

Segala-galanya kerana jaguh Australia itu dikatakan menjadi punca peluang Datuk Azizulhasni Awang untuk meraih pingat emas pada final acara keirin di Olimpik Tokyo tidak kesampaian.

Ini kerana Glaetzer yang pada satu ketika menduduki tempat kedua dilihat tidak melakukan gerakan untuk mengejar pelumba Britain, Jason Kenny yang melakukan pecutan lebih awal dan akhirnya memenangi pingat emas.

Ia memerangkap Azizul dan barisan pelumba lain yang berada di belakang Glaetzer sekali gus gagal untuk merapatkan kedudukan dengan Kenny.

Menerusi ruang Instagram pelumba itu, beberapa peminat dari Malaysia mula mengecam Glaetzer dan mempersoalkan apa yang dilakukannya ketika perlumbaan final itu.

"Apa yang awak lakukan?," tanya seorang peminat dari Malaysia.

Ada juga yang menulis: "Terima kasih kerana tolong Britain dapat emas.

Anip.abas pula berkata: Pasal ko slow sangat la Great Britain menang. Terkial-kial kayuh.

"Namun ada yang berkata segala-galanya adalah mengenai strategi dan tidak perlu untuk menyalahkan Glaetzer.

"Segala-galanya mengenai strategi. Dia (Glaetzer) pun tak jangka Jason akan terus memecut. Bayangkan kalau Matthew cakap kat Datuk Jijoe 'why your country hit me like this' (kenapa negara anda mengecam saya seperti ini), malulah kita," tulis ezzuanaz.

Pada perlumbaan final itu, Azizul meraih perak manakala pelumba Belanda, Harrie Lavreysen gangsa.

Sumber : HMetro


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo