Responsive Ad Slot

EBIT LEW, JIN BOSSKU & HANTU JEPUN - APA PENGAJARAN YANG KITA DAPAT?

Artikel ini tentang 3 personaliti yang ada nama dan ada pengikut termasuk golongan taksubers. Taksubers ni golongan yang sukar dibawa berunding. Sifat taksubnya tebal hingga tak boleh terima hakikat bilamana tokoh pujaannya membuat silap. Awas, artikel ini tidak sesuai untuk golongan taksubers.
.
Kisah pertama, seorang dermawan dari Malaysia yang mencipta berita hangat apabila berjaya masuk ke Wilayah Gaza, Palestin baru-baru ini. Katanya, dia masuk ke sana dengan duit sendiri. Banyak duit dia. Baguslah kita ada dermawan seperti ini. 
.
Ada aktivis yang melihat tidak kena cara beliau masuk ke sana lalu ditegur dermawan itu. Kata aktivis itu, jangan masuk dengan cara bukan kebiasaan kerana nanti itu akan jadi pemula kepada budaya yang menyukarkan aktivis lain masuk di kemudian hari.
.
Dermawan ini lalu membuat siaran langsung dan antara lain menyebut 3 poin utama; 1) nafikan nama agensi yang membawanya masuk ke gaza seperti yang disebut si aktivis, 2) dakwa dia pergi ke Gaza dengan duit sendiri dan 3) cabar aktivis tadi dedah ke mana perginya wang 20 juta sumbangan orang ramai kepadanya.
.
Siaran itu "backfire" semula. 1) penafian itu hambar kerana walaupun nama yang disebut berbeza, hakikatnya pihak itu adalah orang yang sama. 2) dakwaan pergi dengan duit sendiri ini menimbulkan persoalan dari mana datangnya sumber "duit sendiri" itu? 3) cabaran itu disambut si aktivis dengan menyertakan laporan yang lengkap malah si aktivis mencabar pula dermawan ini untuk berbuat perkara yang sama.
.
Para taksubers beliau tidak lihat hal ini sebaliknya menyerang si aktivis dengan kecaman dengki kepada dermawan.
.
Kisah kedua, seorang bekas boss nombor satu parti politik. Semenjak tidak ada jawatan rasmi, dia menjadi seorang pengulas politik dan pentadbiran negara. Maka disiarkannya satu hantaran undian online mengajak netizen menjawab samada KERAJAAN GAGAL atau KERAJAAN TIDAK GAGAL.
.
Ada pemerhati yang mengikuti rapat perjalanan undian ini dan menimbulkan persoalan mengapa undian itu seperti statik dari hari kedua sehingga ke hari penutup? Ada pula netizen yang bertanya "Guna jin ke boss?". 
.
Boss ini lalu membuat siaran di laman medsosnya dengan memuat naik poster "Guna jin ke boss?"
.
Siaran itu "backfire" semula. Netizen yang sebelum ini tidak tahu tentang keanehan undian kini sudah boleh melihat tangkap layar yang turut tertera dalam poster itu.
.
Para taksubers beliau tidak lihat hal ini, sebaliknya menyerang si pendedah dengan gelaran JKOM. 
.
Kisah ketiga, seorang blogger, yang juga dikatakan oleh sebuah portal sebagai seorang Ketua Cybertrooper Parti X, telah menyerang seorang menteri yang juga dari Parti X, dengan dakwaan sudah membuat kesilapan fatal dan menimbulkan persepsi wajar letak jawatan. 
.
Ada pihak lain yang mengesyaki blogger ini membawa naratif musuh politik menteri itu lalu mendedahkan poster "Awas Hantu Jepun".
.
Blogger ini lalu membuat hantaran di laman medsosnya dengan memuat naik semula poster "Awas Hantu Jepun". Seolah-olah dia berbangga digelar Hantu Jepun.
.
Siaran itu "backfire" semula. Semakin ramai netizen yang mengetahui tentang Hantu Jepun dan perangainya.
.
Para taksubers beliau tidak lihat hal ini, sebaliknya menyerang si pendedah dengan gelaran pentaksub. Eh? 
.
Kesimpulannya, "Jangan Overkill".
'
#DrPalaTao
#Firasat #PalaTao
.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo