NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Rusia rekod 22,277 kes baru, 815 kematian

Seorang pekerja migran menerima suntikan vaksin Sputnik Light untuk melindugi diri dari COVID-19 di sebuah pusat vaksinasi di pasar, Moscow, Rusia, 30 Jun, 2021. REUTERS

RUSIA mencatatkan angka tertinggi baharu kes kematian harian COVID-19 dua hari berturut-turut, di sebalik tindakan Moscow menamatkan beberapa sekatan.

Sebanyak 815 kes kematian akibat COVID-19 dan 22,277 kes jangkitan baharu direkodkan pada Jumaat.

"Sepanjang 24 jam yang lalu, 22,277 kes COVID-19 disahkan di 85 wilayah di Rusia, termasuk 1,850 kes asimtomatik yang dikenal pasti secara proaktif," menurut kenyataan dikeluarkan ibu pejabat respons koronavirus.

Rusia merupakan negara keempat paling teruk terjejas akibat pandemik sejak pertengahan Jun dan kini berdepan gelombang baharu jangkitan akibat varian Delta.

Angka kematian terbaharu itu menjadikan keseluruhan kes kematian di Rusia pada Jumaat sebanyak 168,864.

Ia merupakan jumlah kematian tertinggi di Eropah.

Jumlah kes kematian hanya direkodkan selepas laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat COVID-19.

Di bawah definisi kematian akibat koronavirus yang lebih luas, Agensi Statistik Rosstat berkata, Rusia menyaksikan lebih 300,000 kes kematian setakat akhir Jun.

Pihak berkuasa Rusia berdepan dengan masalah kebanyakan penduduk yang masih ragu-ragu dengan pengambilan vaksin.

Kajian yang dijalankan Levada Centre minggu ini menunjukkan, 55 peratus penduduk Rusia tidak bercadang untuk mengambil suntikan vaksin.

- Awani


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo