NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Brunei lapor 7 kes selepas 457 hari, perkenal penjarakan sosial ketat

Seorang lelaki memakai pelitup muka berkunjung ke Pasar Malam Gadong di Bandar Seri Begawan, Brunei. - Foto AGENSI
BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei melaksanakan peraturan penjarakan sosial ketat selepas negara itu melaporkan lapan kes baharu COVID-19 semalam, termasuk tujuh jangkitan tempatan dan satu kes import.

Kes jangkitan tempatan adalah yang pertama kali dilaporkan di negara itu sejak 6 Mei 2020.

Menurut Kementerian Kesihatan Brunei, langkah kawalan dengan segera itu dilaksanakan semula selama dua minggu, termasuk menutup tempat keagamaan, sekolah beralih kepada pembelajaran dalam talian, tidak makan di restoran, menutup kemudahan sukan dalam dan luar, pusat riadah serta pawagam.

Bagi mengelak kebimbangan penyebaran varian Delta di seluruh dunia termasuk Brunei, Kementerian Kesihatan negara itu juga mewajibkan pemakaian pelitup muka dengan arahan berkenaan berkuatkuasa kepada semua individu tanpa mengira status vaksinasi.

Dengan lapan kes baharu yang dilaporkan semalam, jumlah kes COVID-19 di Brunei meningkat kepada 347.

Kementerian Kesihatan berkata, lima daripada tujuh kes tempatan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh beberapa bulan terakhir.

Dua lagi kes tempatan mempunyai asal usul jangkitan yang tidak diketahui dengan gejala ringan, tetapi tiada sejarah perjalanan ke luar negara.

Kes import pula membabitkan seorang lelaki berusia 37 tahun yang tiba di negara berkenaan pada 30 Julai lalu dari Timur Tengah melalui Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan, memaklumkan pihaknya kini sedang mengesan kontak rapat membabitkan semua kes terbabit. 

- AGENSI


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo